24
FEB
2023

Sesi FOCUS group belanjawan 2023

Posted By :
Comments : 0

Pada 26 hb Januari lepas, MSAF telah diberi penghormatan untuk menghadiri Sesi FOCUS group belanjawan 2023 yang dipengerusikan YB Timbalan Menteri Kewangan 1 , YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan bertempat di Kementerian Kewangan.
Sesi ini telah di hadiri dari pelbagai organisasi dengan bertujuan untuk membentuk hala tuju belia di Malaysia.
President MSAF telah menyatakan hasrat beliau untuk mewujudkan satu ekosistem sukan udara di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Sukan Udara di Asia. Beliau menyatakan kita harus berpandangan jauh dengan bukan sekadar bersukan tapi , mewujudkan industri pembuatan, pembagunan atlet dan belia dari sekolah rendah, mewujudkan pusat kecemerlangan sukan udara beserta kemudahan sukan udara, dan juga penstrukturan regulasi yang stabil.
Visi ini bukan sahaja mengangkat sukan udara ke satu tahap yang lebih tinggi , malahan mewujudkan peluang pekerjaan dan juga minat belia terhadap sukan udara yang semakin rancak membangun.
Satu memorandum yang bertajuk ‘Sports Aviation Ecosystem Development’ telah diberi kepada Timbalan Menteri kewangan dengan penuh harapan sukan udara akan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dan penuh harapan seluruh warga penggiat sukan Udara Malaysia memorandum ini diterima dan dibentangkan pada hari perbentangan budget 2023.

#Budget2023 #msaf

Leave a Reply

*