Pada 29 Jun 2022 (Rabu), Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) telah mengadakan kunjungan hormat bersama YB Dato Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1 di Kementerian Kewangan.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan kerjasama MSAF dengan Kementerian Kewangan dalam program pembangunan teknologi sukan dron di Malaysia.
Hal ini kerana Kementerian Kewangan telah melancarkan Akademi Sukan Dron (AKSADRON) di Paya Besar, Pahang dan MSAF akan bersama-sama dalam menjayakan program pembangunan sukan dron berdasarkan spesifikasi badan sukan udara dunia(FAI).