28
JUN
2022

Sesi Perjumpaan Bersama CAAM

Posted By :
Comments : 0

Pada 28hb Jun 2022 (Selasa), MSAF telah mengadakan mesyuarat kali ketiga bersama CAAM di ibupejabat CAAM, Putrajaya.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan berkaitan struktur peraturan-peraturan dan pembangunan sukan udara di Malaysia. MSAF dan CAAM akan bekerjasama erat dalam memperkukuhkan lagi sistem perlesenan, tatacara penggunaan ruang udara dan mengawal selia aktiviti sukan udara di Malaysia agar lebih selamat.

Langkah ini amat dititik beratkan kerana insiden kemalangan yang berlaku melibatkan sukan udara baru-baru ini.

Mesyuarat ini juga bagi mendapatkan kesefahaman bersama untuk memeterai MoU CAAM-MSAF semasa Selangor Aviation Show (SAS) pada September 2022 nanti.